PENGENALAN
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
KELEBIHAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
Di antara kelebihan yang terdapat didalam pendidikan berasaskan komputer adalah seperti berikut:
- Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
- Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986).
- Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar.
- Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
- Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar.
ULASAN
Pada pendapat saya,Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.