Blog List

Friday 13 March 2015

POST KE 8 (Perisian Aplikasi Yang Unik)



APLIKASI YANG DIGUNAKAN DALAM P & P


 Teknologi semakin berkembang pesat pada masa kini maka banyak sumber dan informasi yang perlu diambil serta digunakan dalam pelajaran dan pembelajaran terutamanya, banyak yang dapat kita laksanakna dalam P & P. Contoh aplikasai yang dapat kita jadikan sebagai bahan ialah seperti micrsoft, power point dan lain-lain lagi, tetapi cara lain dapat juga dijadikan sebagai bahan rujukan atau boleh dikatakan sebagai alat bantu menagajar yang lebih berkesan lagi. Berikut adalah contoh aplikasi yang d  



Aplikasi ini sangat sesuai digunakan dalam pelajaran dan pembelajaran, para pelajar mudah unruk hafal dan ingat serta dapat menghafal secara cepat dan berkesan. Tingkat daya pemikiran seseorang berbeza maka cara penglihatan juga amat berkait rapat dengan minda individu manusia itu berfungsi. Oleh yang demikian, aplikasai ini amat sesuai digunakan dalam pelajaran dan pembelajaran.


    





                               

POST KE 7(CREATIVE COMMON LICENSE)

 Creative Common adalah salah satu organisasi yang menyediakan dan menawarkan beberapa lesen hak cipta secara percuma untuk pemilik asal/pencipta dalam usaha untuk menjaga hak cipta pemilik tersebut terhadap kandungan yang diasaskan oleh mereka sendiri.Melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative Common,ia membolehkan pencipta sesuatu kandungan tersebut berkongsi hasil kerja mereka seperti gambar,video,grafik,teks dan sebagainya untuk kegunaan sesiapa sahaja yang menghendakinya dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal/pencipta tersebut.Sekaligus dalam masa yang sama lesen-lesen ini akan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan kerja tersebut yang telah dihakciptakan.
Penggunaa CC ini diutamakan bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dalam sebarang bentuk seperti rakaman video,audiovisual,muzik,imej,teks atau rekaan interaktif.

    Creative Common telah dilancarkan pada 2006 dan mendapat sokongan darpiada MDeC sehingga tahun 2007.Media tempatan juga telah menggunakannya untuk kandungan mereka disamping laman-laman terkemuka seperti Flickr dan You Tube yang menyediakan perlesenan Creative Common (CC) tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Creative Common ini,Cik Apple ada menyediakan video daripada You Tube tentang apa itu Creative Common Licence untuk mendapatkan lebih pemahaman tentangnya.

MENGAPAKAH CREATIVE COMMON PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB?

   Creative Common perlu diberi perhatian dalam penyampaiannya kerana dengan menggunakan lesen hak cipta ini,ia dapat membantu para pencipta atau pemegang lesen tersebut memberitahu dunia tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan hasil kerja yang telah dihakciptakan.
   Apabila menggunakan perlesenan Creative Commom dalam hasil karya anda,ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi atau menggunakan karya anda bersama yang lain dan pada masa yang sama ia mengekalkan apa yang telah ditetapkan/disyaratkan oleh anda untuk berkongsi hasil karya tersebut dengan yang lain.Penggunaan lesen ini sekaligus membantu dan membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seantero dunia.
   Disamping itu,apabila anda ingin membangunkan sesuatu hasil karya sebagai contoh karya anda ingin hadir dengan sebuah video,anda boleh menggunakan lagu latar ataupun grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain dan melaluinya kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan.Contohnya video anda akan mendapat lagu latar yang menarik manakala pemilik lagu asal akan mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari oleh lebih ramai orang seluruh dunia.

SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN CREATIVE COMMON INI?

   Penyokong-penyokong utama yang menggunakan Creative Common dalam hasil karya mereka adalah seperti Google,Mozilla,Wikipedia adalah contoh penyokong terbesar dan telah melesenkan kandungan mereka dalam menjayakan Creative Common ini.

BAHAGIAN-BAHAGIAN CREATIVE COMMON

Terdapat 4 jenis lesen dibawah Creative Common ini iaitu:

    Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut tanpa mengubah hasil karya asal tersebut.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut bukan untuk tujuan kegunaan komersial.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya dibawah satu lesen yang sama dengan lesen yang digunakan oleh pencipta.

     Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut hanya apabila menghargai nama anda sepertimana yang diminta.
 
 KESIMPULAN

   Secara keseluruhannya setelah Cik Apple amati dan meneliti apakah itu Creative Common dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya si pencipta dan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.
   Bagi mereka yang gemar dan aktif berkongsi gambar,video dan pelbagai karya lain di arena internet seperti anda ingin berkongsi kandungan hasil karya anda di You Tube,Flickr dan lain-lain lagi,mungkin anda boleh memilih lesen yang sesuai untuk melesenkan karya anda hari ini ! 

    Terima kasih kepada Amanz.my kerana sudi menulis artikel tentang Creative Common ini.Sedikit sebanyak dapatlah membantu Cik Apple membuat rujukan untuk menyiapkan tugasan yang ke-7 ini iaitu apakah yang dimaksudkan dengan "Creative Common Licence".

 
 
 
 

Friday 9 January 2015

POST KE 5(KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)


PENGENALAN

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

KELEBIHAN PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Di antara kelebihan yang terdapat didalam pendidikan berasaskan komputer adalah seperti berikut:

  • Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
  • Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986). 
  • Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. 
  • Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar.  
ULASAN

Pada pendapat saya,Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. 
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

















POST KE 6(MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)



PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi sesuatu yang penting dan semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan kini mula digunakan dalam bidang pendidikan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan kini semakin dititik beratkan oleh kerajaan. Dipercayai dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan.

MASALAH YANG TIMBUL

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara kekangan-kekangan yang perlu dititikberatkan adalah:-

1) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.

2) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi Maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

3) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya, bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

ULASAN  


Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

Friday 26 December 2014

WHATCH THIS VIDEO!!!!!!

VIDEO INI MENERANGKAN TENTANG KESALAHAN BACAAN AL-FATIHAH YANG KITA SENDIRI TIDAK SEDAR...SO..SELAMAT MENONTON,,,HEHEHE,,TERIMA KASIH

Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)


Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa 

Ashinida Aladdin
Afendi Hamat
Mohd. Shabri Yusof
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia .

Setelah di amati dan di hayati , maka dapatlah di fahami dan di huraikan bahawa, Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan komputer)dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. adalah mempunyai pro dan kontra . melalui jurnal ini dapat di singkap dan di huraikan permasalahan dan produktiviti . 

Satu kajian awal yang respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agamaberasrama penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah  Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan,Labu. Kajian dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data,borang soal-selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnyadata ini dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasaArab di sekolah yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadapPBBK.

Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian.   

 Para guru perlu memastikan objektif mereka ketika PBBK di mana guru perlu jelas mengapa penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa lebih berjaya jika dibandingkan dengan pembelajaran bahasa secara tradisional. Alasan menggunakan Internet juga harus merangkumi pelbagai aspek diantaranya untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa disamping menigkatkan lagi penguasaan terhadap penggunaan komputer. Guru juga perlu pastikan bahawa aktiviti yang dijalankan melalui komputer adalah aktiviti yang menarik yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks. 

Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk:

1. Mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Arab di sekolah yang dipilih.
2. Mendapatkan maklum balas daripada guru tentang tahap kemahiran, persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam P&P bahasa Arab dengan menggunakan PBBK.
3. Mengutarakan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam P&P bahasa Arab berdasarkan hasil kajian . 

Cadangan Kajian 

1. Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru supaya para guru sentiasa mendapat informasi terkini dan dapat meningkatkan ilmu  pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian teknologi dalam P&P mereka .

2. Untuk implementasi PBBK dengan berkesan di sekolah, pihak-pihak yang terlibat perlu memikirkan insentif yang bersesuaian kepada para guru sebagai satu galakan dan motivasi kepada mereka supaya mereka tidak merasa tertekan dan terbeban dengan tanggungjawab yang diberi .

3. Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus masa kini .

Kesimpulan 

Daripada kajian yang telah dijalankan dan berdasarkan pemerolehan data yang diperolehi, dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab adalah di tahap minimum, namun guru-guru bahasa Arab mempunyai persepsi yang sangat baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer di mana 100% daripada para guru percaya bahawa PBBK dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka dan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap bahasa Arab dan lebih 90% menyatakan bahawa mereka percaya yang PBBK dapat menjimatkan masa dan tenaga dan memudahkan proses pengajaran mereka .Oleh yang demikian, bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka terhadap PBBK ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru bahasa Arab mempunyai tahap kesediaan yang amat tinggi untuk menghadiri sebarang kursus yang akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab .

komen 

Dengan era globalisasi dan penggunaan internet yang semakin berkembangan , jalur lebar dan  pengguna yang efisyen sekarang ini , maka amat bersesuaian PBBK dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa arab berbantukan komputer di sekolah .
literasi dan penggunaan komputer harus di selarikan dalam era pendidikan Global bersesuaian dengan matlamat kerajaan dan negara . 

Friday 19 December 2014

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA
GLOBALISASI

Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ustaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DEFINISI DAKWAH

Darisegi bahasa
Darisegi bahasa " dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Dakwah juga bermaksud sebagai seruan yang ditujukan kepada manusia oleh tuhan danrasul untuk mempercayaai agama yang benar iaitu Islam. Perkara inilah yang diseru oleh para rasul dan setiap rasul mempunyai dakwahnya. Dakwah merangkumi risalah dan ajaran islam yang mencakupi segala akidah, ibadah, akhlak, muamalah sarta syaria .

Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat . 


PERBANDINGAN DAKWAH MENERUSI ICT DAN BUKAN ICT  

Kalau dilihat perkembangan dakwah Islam dari dahulu sehingga kini, ternyata bahawa para pendakwah khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.

KESAN  POSITIF

Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia dakwah. Tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanyateknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas .

KESAN NEGATIF

PENGARUHBUDAYA ASING
ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar .

ULASAN

Pada pandangan saya, keinginan untuk menggunakan ICT di dalam penyebaran dakwah adalah amat baik untuk menyebarkan lagi ajaran islam di serata dunia. Hal ini kerana,dakwah lebih mudah dapat disebarkan. Oleh itu, adalah amat digalakkan untuk menggunakan medium ICT dalam meneruskan bidang dakwah ini. Walaubagaimanapun, adalah perlu dikaji dahulu sebelum ingin menggunakan medium ICT untuk menruskan bidang dakwah.