Creative Common adalah salah satu
organisasi yang menyediakan dan menawarkan beberapa lesen hak cipta
secara percuma untuk pemilik asal/pencipta dalam usaha untuk menjaga hak
cipta pemilik tersebut terhadap kandungan yang diasaskan oleh mereka
sendiri.Melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative
Common,ia membolehkan pencipta sesuatu kandungan tersebut berkongsi
hasil kerja mereka seperti gambar,video,grafik,teks dan sebagainya untuk
kegunaan sesiapa sahaja yang menghendakinya dan pada masa yang sama
memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal/pencipta
tersebut.Sekaligus dalam masa yang sama lesen-lesen ini akan memberitahu
dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan kerja
tersebut yang telah dihakciptakan.
Penggunaa CC ini diutamakan bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet
dalam sebarang bentuk seperti rakaman video,audiovisual,muzik,imej,teks
atau rekaan interaktif.
Creative Common telah dilancarkan pada 2006 dan mendapat sokongan
darpiada MDeC sehingga tahun 2007.Media tempatan juga telah
menggunakannya untuk kandungan mereka disamping laman-laman terkemuka
seperti Flickr dan You Tube yang menyediakan perlesenan Creative Common (CC) tersebut.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Creative Common ini,Cik Apple ada
menyediakan video daripada You Tube tentang apa itu Creative Common
Licence untuk mendapatkan lebih pemahaman tentangnya.
MENGAPAKAH CREATIVE COMMON PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB?
Creative Common perlu diberi perhatian dalam penyampaiannya kerana
dengan menggunakan lesen hak cipta ini,ia dapat membantu para pencipta
atau pemegang lesen tersebut memberitahu dunia tentang apa yang boleh
dan tidak boleh dilakukan berkaitan hasil kerja yang telah
dihakciptakan.
Apabila menggunakan perlesenan Creative Commom dalam hasil karya
anda,ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi atau
menggunakan karya anda bersama yang lain dan pada masa yang sama ia
mengekalkan apa yang telah ditetapkan/disyaratkan oleh anda untuk
berkongsi hasil karya tersebut dengan yang lain.Penggunaan lesen ini
sekaligus membantu dan membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih
ramai pengguna seantero dunia.
Disamping itu,apabila anda ingin membangunkan sesuatu hasil karya
sebagai contoh karya anda ingin hadir dengan sebuah video,anda boleh
menggunakan lagu latar ataupun grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain
dan melaluinya kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan.Contohnya video
anda akan mendapat lagu latar yang menarik manakala pemilik lagu asal
akan mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari oleh
lebih ramai orang seluruh dunia.
SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN CREATIVE COMMON INI?
Penyokong-penyokong utama yang menggunakan Creative Common dalam
hasil karya mereka adalah seperti Google,Mozilla,Wikipedia adalah contoh
penyokong terbesar dan telah melesenkan kandungan mereka dalam
menjayakan Creative Common ini.
BAHAGIAN-BAHAGIAN CREATIVE COMMON
Terdapat 4 jenis lesen dibawah Creative Common ini iaitu:
Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut tanpa mengubah hasil karya asal tersebut.
Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil karya tersebut bukan untuk tujuan kegunaan komersial.
Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil
karya tersebut hanya dibawah satu lesen yang sama dengan lesen yang
digunakan oleh pencipta.
Bermaksud membenarkan pengguna lain menyalin dan menggunakan hasil
karya tersebut hanya apabila menghargai nama anda sepertimana yang
diminta.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya setelah Cik Apple amati dan meneliti apakah itu
Creative Common dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu
diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya si
pencipta dan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.
Bagi mereka yang gemar dan aktif berkongsi gambar,video dan pelbagai
karya lain di arena internet seperti anda ingin berkongsi kandungan
hasil karya anda di You Tube,Flickr dan lain-lain lagi,mungkin anda
boleh memilih lesen yang sesuai untuk melesenkan karya anda hari ini !
Terima kasih kepada Amanz.my kerana
sudi menulis artikel tentang Creative Common ini.Sedikit sebanyak
dapatlah membantu Cik Apple membuat rujukan untuk menyiapkan tugasan
yang ke-7 ini iaitu apakah yang dimaksudkan dengan "Creative Common Licence".
No comments:
Post a Comment